Current OMG We Have Issues – Ep.4 – Zakir Naik: Menace or Misunderstood? (Malay subtitle, click Eng)

Current OMG We Have Issues – Ep.4 – Zakir Naik: Menace or Misunderstood? (Malay subtitle, click Eng)


Bagi saya, setiap kali terdapat isu baru di Malaysia Saya akan cuba selidik dengan betul tentang isu itu, sebab kadang-kadang berita tidak disampai dengan betul, kadang-kadang sumber berita tersebut tidak betul dan ia adalah tanggungjawab kita sebagai seorang warga negara untuk mengambil tahu. Inilah tujuan rancangan ini. Kami mengambil Isu-isu ini, dan menyelidik dengan lebih mendalam supaya kita boleh tahu, apa yang betul dan apa yang salah. Bukan nak cakap yang apa saya kata ni betul, tapi saya boleh kumpulkan semua maklumat, saya boleh beritahu pendapat saya, dan terpulang kepada kamu untuk fikir sendiri, dan bagaimana perasaan kamu tentang isu itu. Jadi minggu lepas ada sebuah isu yang menyebabkan ketegangan antara kaum dan ia adalah berkenaan dengan Dr. Zakir Naik. Dia pergi ke Kelantan untuk berceramah dan membuat kenyataan seperti ini: Mereka adalah “tetamu” baru. Ada orang memanggil saya “tetamu” dan saya cakap sebelum saya orang Cina lah “tetamu”. Mereka tak dilahirkan di sini, kalau mereka mahu “tetamu baru” balik, suruh “tetamu lama” balik dulu. Ini menyebabkan orang-orang Malaysia, mengecam dia atau melindungi dia Isu ini agak besar ia dah berlaku selama dua minggu, dan isu ini masih belum selesai mari kita menyelidik lagi isu ini untuk mengetahui apa sebenarnya masalah ini. Sejak sebelum kejadian tersebut, Dr. Zakir Naik memang sudah tidak disukai ramai. Ini adalah kerana 2 perkara. Yang pertama, orang Hindu di India dan Malaysia tidak suka Zakir Naik sebab ajaran dia banyak bertentangan dengan kepercayaan mereka saya tahu perkara ini mengecawakan kamu, tetapi semua agama berbeza antara satu sama lain, memandangkan dia seorang “ustaz” dari India, memanglah ajaran dia bertentangan dengan kepercayaan orang Hindu. Kepercayaan orang Islam adalah berbeza, kepercayaan Hindu pun berbeza Saya tak boleh marah kamu sebab kepercayaan kamu dan kamu tak boleh marah kami sebab kepercayaan kami Ketakutan mencipta kemarahan, saya tahu akan kebahayaannya encik Beta tidak akan menindas rakyat beta atas kepercayaan mereka, hanya perbuatan mereka. Inilah yang dipanggil kebebasan beragama kita tidak boleh menghukum seseorang berdasarkan kepercayaan hanya berdasarkan kelakuan. Dan dia hanya mengajar mengikut kepercayaan dia. Sebab kedua kenapa dia di benci adalah kerana media massa dia India pada tahun 2006, melaporkan yang Dr. Zakir Naik mengajak semua umat Islam menjadi “terrorist”. “Semua Muslim patut jadi terrorist.” “Inilah orangnya, “the terror-vangelist” mengajar terrorist di anak benua.” Tetapi apa yang dia cakap jauh berbeza daripada apa yang dilaporkan. “Dan ini saya ambil dari sebuah artikel oleh ‘Times of India’, yang Inspector Angril ialah seorang pengganas kepada dunia penjenayah, dari situlah saya dapatkan ini, Dan saya cakap dalam ucapan saya, bagi seorang perompak, anggota polis adalah “terrorist”. dalam konteks ini, setiap Muslim perlu menjadi “terrorist” kepada para penjenayah. apabila seorang perompak, apabila seorang perogol, apabila seorang penjenayah melihat seorang Islam, mereka patut berasa takut, dan setiap Muslim patut menjadi ‘terrorist’ kepada unsur jahat tapi saya berkata lagi, biasanya perkataan ‘terrorist’ itu bermaksud seseorang yang membuat keganasan kepada manusia yang tidak bersalah, dan dalam konteks ini, orang Islam dilarang menjadi “terrorist”. Pihak media memetik ayat ini, tak sebut pun apa yang saya cakap sebelum itu atau selepas itu, hanya ambil
kenyataan saya berkata, setiap Muslim patut menjadi ‘terrorist’ dan menyalahkan saya.” Jadi pemberita India memetik satu ayat daripada ucapan penuh dari luar konteks. “Adakah awak paham membaca satu perenggan di luar konteks menggambarkan cerita sebenar” kita tidak boleh menilai sebuah cerita dari satu ayat di ambil di luar konteks. Contohnya novel mr. hot guy. Kalau saya hanya baca satu ayat dari buku ini, dalam bab 1, Andrea berkata, “let’s talk about global warming.” Orang yang tak pernah baca buku ini, akan ingat
mr. hot guy ialah sebuah cerita seorang lelaki yang bersuhu sangat tinggi yang menyebabkan ‘global warming’, tapi sebenarnya ‘Mr. Hot Guy’ adalah kisah percintaan antara Andrea dan seorang lelaki kaya bernama Lukman Hakimi atau ‘Luke’ Luke! Sebuah cerita pasal ‘global warming’ dan kisah percintaan memang jauh berbeza, tetapi inilah bagaimana lainnya apa yang dikatakan oleh Dr. Zakir Naik daripada apa yang diberitahu oleh berita India dan korang tahulah macam mana orang media buat kerja, mereka suka tiru kerja media lain, Berita UK tiru berita India, Berita US pun tiru berita India, semua orang tiru berita India ini, dan cukup masa, semua orang percaya yang Dr. Zakir Naik mengajar Muslim menjadi ‘terrorist’.
Tragedinya ialah sesetengah Muslim percaya Dr. Zakir Naik mengajak mereka menjadi ‘terrorist’. “pemuda yang menyerang kafe ini di kawasan kedutaan di Dhaka dipercayai dipengaruhi oleh ajaran Zakir Naik.”
Letupan bom bersiri yang terjadi sekeliling Asia Selatan dikatakan terpengaruh oleh apa Dr. Zakir Naik tak pernah cakap. Ini juga alasan kerjaan India mengeluarkan waran untuk menangkap dia. Mereka juga berkata bahawa Dr. Zakir Naik membiayai pergerakan terrorist ini. selepas dia melarikan diri ke sini untuk mengelak tangkapan, kerajaan India berjumpa dengan Interpol dan meminta mereka bertindak dan mambawa Zakir Naik balik ke India. “Berita buruk kepada agency India, Interpol tidak mahu memberi ‘Red corner notice’ kepada penceramah Islam berkontoversi Dr. Zakir Naik.” tetapi Interpol menolak perintah ini kerana bukti kes ini tidak kukuh dan mereka tidak percaya Dr. Zakir Naik bersalah. Ramai orang di Malaysia mempercayai bahawa dia adalah ‘terrorsit sympathizer’, mahu dia dihantar pulang ke India. Ini pula membawa kita ke kisah terbaru yang berlaku semasa dia berada di Kelantan. Ini berlaku beberapa minggu yang lalu, semasa cuti Raya Haji. Kontroversi yang pertama terjadi bila dia berkata, bahawa penganut Hindi di MALAYSIA (BUKAN INDIA) lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi daripada Perdana Menteri Malaysia. Tun Mahathir Muhammad. Itulah apa berita media melaporkan apa yang dia cakap, tetapi apa yang dia sebenarnya cakap, ini adalah penting, berkenaan dengan orang Hindu Malaysia yang mahu dia dihantar pulang, yang mereka percaya Narendra Modi lebih sebab Narendra Modi berkata dia bersalah, berbanding dengan Tun Mahathir dan Interpol yang membuat tuntutan, Dr. Zakir Naik tidak bersalah. Ini adalah ‘misquote’ lagi sekali. Bila mendengar cakap Zakir Naik kita kena bukak telinga besar sikit kerana dia mempunya loghat India yang sangat tebal. Seterusnya ialah kejadian kedua, dan inlah kejadian yang sangat besar. inilah bila dia berkata dia adalah “tetamu baru” dan orang CIna dan Orang India adalah “tetamu lama”, dan jika anda mahu “tetamu baru'” keluar, maka kita patut suruh “tetamu lama” keluar dulu. Bagi saya ini adalah agak mengejutkan. memang tidak ada sebab untuk becakap macam ini dalam ucapannya. Tak masuk akal lansung. Saya dah dengar ceramah ini banyak kali, untuk mencari kebenaran, dan saya rasa dalam kes ini, Dr. Zakir Naik bersalah. Sebab
di dalam perlembagaan Malaysia, semua kaum lahir di Malaysia adalah warga negara Malaysia. Kebanyakkan dari kita dilahir di sini, ibubapa kita dilahir di sini
atuk nenek pun dilahir di sini, dan kebanyakkan dari kita moyang kita pun dilahirkan di sini. Jadi orang Cina dan India bukan lagi tetamu, mereka adalah warga negara. Dan dia tidak boleh memanggil mereka tetamu kerana ini melanggar perlembagaan Malaysia. Berkenaan ini, Dr. Zakir Naik memang bersalah. Walaupun begitu, Dr. Zakir Naik adalah seorang manusia, dan manusia boleh buat kesilapan Yang penting (kerjasama) dia sudah minta maaf. Adakah itu mencukupi, saya tak tahu lagi. Jadi apakah keputusannya di sini. Dr. Zakir Naik adalah seseorang yang disalah faham dan di ‘misquote’ banyak kali, walaupun baru-baru ini, Tapi apa yang dia katakan tentang “tetamu” memang salah tetapi selain daripada itu, untuk semua yang lain dia tidak bersalah jadi apa patut dilakukan sekarang? OK?
macam saya cakap dia dah meminta maaf. adakah ini mencukupi? Untuk kenyataan “tetamu” itu, dia patut didenda. Tetapi kalau hantar dia pulang ke India sebagai hukuman, itu adalah ketidakadilan. Dia mungkin akan dibicara secara tidak adil di India, itupun kalau Nationalist Hindu di India tak bunuh dia dulu. Saya tahu memang sakit hati, tetapi, kita sedang mencuba untuk menjadi negara yang menegakkan kebenaran dan keadilan, itulah matlamat Malaysia baru sepatutnya. Apakah mesej yang kita akan sampaikan jika kita sanggup menghantar seorang yang tidak bersalah untuk menerima azabnya. Tapi dia ada buat salah dan dia perlu menebus kesalahan itu. Apa yang saya bimbangkan ialah adakah hukuman itu berpatutan? Allah telah mencipta kamu dalam warna berlainan dan bahasa berlainan. Semua ini adalah supaya kamu mengenali sesama sendiri, bukan untuk bergaduh sesama sendiri

Author: Kennedi Daugherty

2 thoughts on “Current OMG We Have Issues – Ep.4 – Zakir Naik: Menace or Misunderstood? (Malay subtitle, click Eng)

  1. It's not belief, it's just abusing any religion other than Islam. This moron also involved in huge scandal, evading taxes.

    Do you understand that this man was actually named by the terrorist involved in Bangladesh?

    And Srilankan attacks!

  2. Hindu nationalist, do you know that India has second-largest Muslim population in the world and there are many Muslim billionaires and millionaires? I would suggest you do better research before shooting from your hip. India has Muslims holding highest ranks in the government including the military. So the BS about discrimination does not hold water.

    Those who have talent succeed and have succeeded. No wonder many Indians hold the position of leadership around the world. The only Malaysians I see in the US who have succeeded are of Indian or Chinese descent. Even in US schools,it's only the Malaysians of Indian and Chinese ethnicity do well.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *